Segala yang bermain di fikiran insan akan jelas terpancar pada wajah dan setiap perbuatan. Kegembiraan dibayangi wajah tenang dan ceria sementara kedukaan pula dihantui muka murung dan resah gelisah dalam hidup seharian. Kesan kemurungan dan kegelisahan amat mencengkam, bahkan boleh merosakkan jiwa pengidapnya. Disusuli dengan kebosanan dan berputus asa hingga melemparkan diri ke lembah kehancuran.
Namun setiap penyakit ada penawar, segala yang tersimpul dapat dilerai dengan teknik-teknik serta pengalaman daripada mereka yang telah menjalankan kajian. Tanganilah ia dengan cara yang betul di samping berdoa dan bermunajat kepada Allah agar kegelisahan tidak berpanjangan dan kemurungan dapat dibendung. Adab kita sebagai hamba, segala usaha dan upaya mesti diiringi dengan sandaran kepada Pemilik segala jiwa, Penguasa alam semesta. Berusahalah kerana janjiNya, “Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar